(Gambar: HjRashid, Penasihat STAIL, Ust Alias Osman, Dr Abd Hadi)
Sg Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang: "Usaha guru yang tekun, sokongan ibu-bapa pibg yang padu dan berterusan, ikhlas semua pihak, adalah pra-syarat 'kejayaan' sesebuah sekolah swasta di arus pembangunan masa kini. Hasilnya berbaloi apabila melihat anak-anak didik sekolah-sekolah ini menjadi hufaz al-quran, pensyarah, dan pelbagai bidang profesional yang lain. Terasa penat lelah selama ini terbalas."
Itulah ungkapan seorang pejuang pendidikan seumur hayat, Ust Alias Osman, penasihat penubuhan rangkaian sekolah-sekolah Islam swasta Al-Amin/Al-Hira' di Majlis Berbuka Puasa anjuran Sek Tahfiz Al-Islah, Tok Bedu, Tasik Gelugor, Pulau Pinang.
Pemanduan falsafah dan kurikulum pendidikan di peringkat awal adalah paling utama untuk mempastikan objektif pendidikan melahirkan insan pemimpin dakwah, islah dan gerakan Islam dalam membawa risalah dan syariah Islam dari Tuhan untuk manfaat seluruh manusia dan alam. Urusan pengoperasian lainnya akan terarah pada falsafah yang diwujud dan disepakati.
Cabaran tetap ada seperti guru-guru yang meninggalkan sekolah setelah sekian lama berkhidmat dengan sekolah, prasarana yang dhaif di peringkat awal. Semua ini diharungi dengan tabah dan tawakal kepada Allah.
Kejayaan demi kejayaan dicapai masa kini. Sekolah rangkaian yang mampu meraih pelbagai kejayaan seperti menjuarai debat Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu peringkat kebangsaan, anak-anak yang bijak dalam pertandingan "Spell-It-Right" dan sebagainya.
Apapun faktor kejayaan dan kecemerlangan institusi pendidikan adalah kekuatan guru-muallim-muallimah disokong dan dibantu kuat oleh pengurusan pentadbiran lembaga dan pibg. Tidak ada jalan pintas. "Rule of Thumb" adalah mana-mana sekolah yang merosot prestasinya adalah disebabkan faktor-faktor di atas yang menurun.
No comments:
Post a Comment