Family is the utmost value I uphold. Dakwah is a noble call to goodness. Education is knowledge useful for life.
Saturday, September 19, 2009
RAMADHAN PERGI, SHAWAL DATANG
Assalam-mu-alaikum dan salam sejahtera,
Dinihari menjelang, hanya tinggal satu (1) jam, Ramadhan 1430H akan meninggalkan kita. Sekiranya kita menyambut 1 Shawal Ahad 20 Sept maka kita hanya berpuasa 29hari Ramadhan, ini jarang berlaku, kerapnya umat Islam Malaysia berpuasa penuh 30hari. Apa pun subhanallah, alhamdulillah, allah-hu-akbar, ia tidak melanggar syariatNya.
Nabi dan sahabat akan menangis bila syawal menjelang, kerana belum tentu mereka akan berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang, peluang untuk beramal dengan ganjaran berlipat ganda telah berakhir buat kali ini. Dapatkah kita 'bonus' panjang umur +83 tahun kali ini? Hanya Allah yang maha mengetahui.
Hari, minggu dan bulan tetap datang dan pergi. Demi untuk mendapat pengajaran yang terbaik jadikanlah faktor 'amal dan ibadah' sebagai faktor 'constant' dalam putaran hari dan bulan. Amalan di bulan Ramadhan perlu diteruskan.
Doa terbaik, "Ya Allah Engkau maha pengampun, maka ampunkanlah dosa-dosa kami".
Mengambil sempena bulan baik ini, saya dan keluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari sesiapa juga atas apa juga kesalahan dan keterlanjuran, samada disengaja atau tidak, di hadapan atau di belakang kalian.
Selamat menyambut hari raya eidul-fitri 1430H.
HjRashid, Zah, Nazihah, Usayd, Maimanah, Khansa' dan Syaimaa'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment