Family is the utmost value I uphold. Dakwah is a noble call to goodness. Education is knowledge useful for life.
Saturday, September 5, 2009
SATU LAGI ZIARAH SAUDI DERMAWAN KE SEKOLAH AL-ITQAN
Ramadhan bulan dilipatgandakan ganjaran, bulan sadaqah, bulan umat Islam baik hati, dermawan, bulan nafkah harta, bulan mengumpul pahala, bulan buang dosa dan segala macam kebaikan akan timbul.
Hari ini hari sabtu 15 Ramadhan, En Rahman Maina menerima panggilan talipon dari Saudi Dato' Dr Syed, dahulunya Rektor KITAB, sekarang Duta Malaysia ke Saudi Arabia, menyambung usaha membawa jutawan Pak Arab ke sekolah Al-Itqan kita.
Alhamdulillah, alhamdulillah...
Kami menyambutnya di LTA Pulau Pinang, 8.00pagi terus ke sekolah. Alhamdulillah, Syeikh Khaled walaupun dalam keadaan ada lagi temujanji lain dan akan terbang semula jam 9.00pagi sempat melihat perkembangan sekolah kita. Mula-mula ke sekolah menengah, jumpa muallim Fakhrul, buka semua kelas, asrama, dewan solat, tempat makan, ofis, dan sebagainya.
Syeikh Khaled mengeluarkan wang saudi 1500.00 tunai, "untuk iftar" katanya.
Kami mengharapkan cek RM6Juta atau sebahagianya.... InsyaAllah belum lagi, hari ini masih kerja-kerja tinjauan.
Kemudian kami ke sekolah rendah, bertembung dengan pelajar2 darjah 6 yang sedang bersiap sedia untuk UPSR minggu depan. Syeikh Khaled ditemani Muallim Khairi, berbual dalam Bahasa Arab, Muallim telah kenal Syeikh Khaled sebeum ini, meninjau prasarana sekolah.
Rumusanya kami bincang di dalam kereta En Rahman sambil menuju ke airport. Beliau akan membuat laporan kepada pihak berkenaan di Saudi untuk tindakan selanjutnya.
Ayuh warga Itqan, warga JIM, warga Kampong Masjid, Teluk Kumbar, dan lain-lain berusaha dan berdoa untuk dimurahkan rezeki Pak-Pak dan Tok-Tok Arab menderma jutaan ringgit untuk sekolah kita. Kita ingin mengelak dari menyewa berterusan di tapak sedia ada dan menggunakan tapak kita sendiri.
"Ya Allah, bantulah kami, permudahkanlah kami, untuk membina prasarana sekolah dan tarbiah yang lebih sempurna, demi mendidik, mengajar, mentarbiah anak-anak generasi sekarang dan akan datang, dengan al-quran dan sunnah Nabi Muhammad saw. Kami akan tetap berusaha, usaha hingga jaya, kerana kami tahu jalan kami mendidik ini adalah jalan yang betul dan benar di sisiMu ya Allah. Kami sanggup ke merata dunia, malah ke Saudi Arabia untuk bertemu dengan mana-mana jutawan Arab muslim yang semamangnya mampu menyumbang."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Subhanallah. Rezeki Allah di mana-mana. Smg usaha ini menjadi ladang pahala di akhirat kelak, insyaAllah
Post a Comment