Tuesday, June 23, 2009

ZIARAH SHAFAKALLAH MURNI SYEIKH DR PARID


Allah-hu-Akbar! Tiada hari yang lebih bermakna buat hamba Allah yang sakit diuji Allah ini apabila diziarahi oleh al-fadhil Ust Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad, MA, masul tarbiah ukhuwah dan ummah, hari ini 29 Jamadilakhir 1430H bersamaan 23 June 2009, selasa, di teratak rumahku bersama Prof Dr Mohd Tarmizi, Mohd Yaakob Ismail dan akhi Azamuddin. Dr mengucapkan, "Shafakallah akhi Rashid". Jawapan saya 'Jazakumullah-hu-khairan kathiran'. Kedatangan antum menyuntik semangat untuk cepat sembuh dan teruskan perjuangan, tiada masa rehat dalam perjuangan. Pak Utih kata, "Bila dah pasang besi... jadi orang besi la lepas ni...". Di ambang mencecah umur 50an, Rasulullah sedang giat untuk terus merancang hijrah semasa di Mekah... untuk dakwah lebih cemerlang. Ust Dr kata, "La Hijrata ba'dal fathi, walakin jihadun wa niatun... ". Teruskan sebar dan semarak dakwah pada rakan-rakan lama 70an, 80an, baik untuk ikram, bekalan di akhirat sebagaimana tuntutan Allah. Sakit sebagai rehat untuk mengisi bekalan, sebagaimana musafir berhenti seketika untuk perjalanan yang jauh. Jzkk Ust Dr, janji untuk ziarah dan ditepati. Alhamdulillah.

No comments: