Tuesday, June 23, 2009

AURA IBU

Ibu,
Maafkan Acit kerana tidak menalipon sekerap biasa
Tak macam biasa 3x seminggu
Ada perkara belum ku tunaikan !
Buku akaun masih dalam perjalanan

Ibu,
Sebelum 12/6
Menangis syahdu setiap selepas solat
Ngapa Acit jarang tel akhir2 ini?
Sibuk kot agaknya
Mata kiri ibu berkedip2 tak biasa

Ibu,
Termaktub 14/6 ketahuan juga
Acit di katil Pantai, ibu di 500km jauh
Ketemu juga di Samsung
Ampun, maaf, begini adanya kita terima

Ibu, 80 tahun
Naik bas Muar ke Sg Nibong
Jumpa juga di subuh pagi
Lega berpelukan
Tangan kiri tetap terkulai

Ibu,
Mata tidak berkedip lagi
Sakit diangkat Tuhan
Lega dalam dan luaran
Doa kepada yang Esa
Aura ibu berpanjangan.

1 comment:

BondingSisters said...

pandai abah berpuisi :)