Tuesday, August 16, 2011

RAMADHAN 2ND HALF

Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan telahpun secara rasmi memasuki fasa separuh keduanya.

Kalau dalam perlawanan bola sepak, separuh masa kedua adalah kesempatan terbaik bagi memperbaiki kelemahan semasa separuh masa pertama.

Jika gawang dibolosi beberapa kali semasa separuh masa pertama, maka kesempatan di separuh masa kedua perlu digunakan semaksima mungkin untuk memperbaiki kelemahan, memperbetulkan strategi dan mempertajamkan jentera serangan dengan harapan dapat beroleh kemengangan di akhir perlawanan.

Jika menang akan diberi mata kemenangan, jika tewas hanya penat dan lelah yang diperolehi tanpa sebarang mata. Begitulah juga halnya dengan Ramadhan yang telah kita harungi sehingga ke separuh kedua ini.

Malam tadi jadi imam isya' & terawikh 8 hampir 200 makmum pelajar wanita.. sambutan 'ameen' tak kedengaran. Sempat beri tazkirah sebelum witir, istiqamah mengikut jalan Allah dan rasulnya, ikut panduan Al-Quran, kepentingan menghayati bulan ramadhan dengan beribadah serta peringatan hari qiyamat dari surah an-naba' dan surah al-muzzamil.

Friday, August 12, 2011

RAMADHAN YANG SIBUK

Ramadhan bulan ibadah, siangnya berpuasa dari jam 6pagi hingga 7.30mlm (13jam setengah), selepas berbuka, solat maghrib, rehat sebentar 30min terus sambung solat isyak dan terawikh serta witir. Sambung 1-2jam untuk tadarus al-quran. Bangun semula jam 4pagi untuk tahajjud & zikir terus bantu isteri memasak dan menyediakan makan untuk bersahur. Setelah bersahur ke masjid semula untuk solat subuh.

Kalau itulah rutin semua umat Islam, selama 30 hari dalam sebulan ramadhan, memang SIBUK sungguh hambaAllah ini. Itulah Rahmah dan keberkatan yang dijanjikan Allah.

Sibuk yang bermakna.

Wednesday, February 2, 2011

UJIAN ANAK-ANAK

Setiap yang berlaku di dunia ini ada dalam pengetahuan Tuhan. Siapa menjangka anak-anak yang sedang berjihad menuntut ilmu agama atau perubatan di Mesir tetiba diuji dengan peristiwa pergolakan kepimpinan negara Hosni Mubarak yang mengganggugugat keamanan untuk mereka belajar. Ingin menyalahkan nasib? Jangan sesekali menyalahkannya.

Manusia tidak ada pilihan kecuali menghadapinya dengan tabah. Perancangan harus dibuat untuk menghadapai masa depan. Setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Ujian anak-anak yang lain pula bagaimana? Sama aje jalan ceritanya. Kedua-duanya mengenai masa hadapan kehidupan mereka. Sama juga jalan keluarnya.

Tetapi penting untuk kita dipandu oleh Al-Quran, sebagaimana firman Allah,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoalah dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Al-Baqarah:286)

Ujian akan mematangkan pemikiran dan tingkahlaku anak-anak. Ada sesetengah pandangan mengatakan para pelajar perubatan di Mesir harus turut sama membantu merawat pesakit mangsa rusuhan, para ustadz pula berdoa mohon mengamankan keadaan.. ngapa cabut keluar ke Jeddah?

Apapun pergolakan yang berlaku adalah suatu yang mahu meruntuhkan pemerintahan diktator yang selama 30 tahun mengagung2kan piramid simbol firaun yang menentang sistem keadilan Islam, tidak ada pembelaan kepada warisan sejarah para anbiyaa'.. mana dia cerita2 nabi Musa, mana ada dokumen pelancongan mencerita tentang Nabi Yusof, nabi Daniel, mana ada kisah perjuangan iman Hassan al-Bana..

Mudah2an reformasi yang berlaku mengembalikan sinar kegemilangan bumi yang pernah dipertahankan oleh pejuang Salahuddin Al-Ayubi.. dan anak-anak kembali meneruskan pelajaran mereka.