Wednesday, October 20, 2010

ZIARAH ISTERI & KELUARGA HJ TAUFEK


Lumrah isteri yang ditinggalkan suami lebih se bulan, pasti merasai ketiadaannya, walaupun tidak kelihatan pada zahirnya. Suami berpergian kerana pelbagai sebab, kematian, berjihad, musafir, melanjutkan pelajaran, bercerai (na'uzubillah), dan sebagainya.

Inilah yang cuba kami selami perasaan SERIKANDI HAJJAH NORIJAH BTE YAHAYA, isteri Tuan Hj Mohd Taufek bin Abdul Rahman, YDP JIM Pulau Pinang, merangkap ahli IKRAM Seberang Perai Utara serta ahli lembaga pengarah syrikat DATA ULUNG S/B.

Beliau telah bersama-sama rombongan Viva Palestina ke 5, rombongan misi kemanusiaan membebaskan Gaza, Palestin, bergerak mengikut jalan darat dari London, merentasi benua Eropah (Perancis, Italy, Syria, Turki dan Mesir untuk masuk Gaza melalui pintu Rafah sempadan Mesir-Palestin. Mereka memulakan pemusafiran pada 13 Sep 2010 mensasarkan untuk masuk Gaza pada 10hb Oktober 2010.

Ikuti perkembangan, pengharapan dan doa (di video) suara dari seorang isteri..
Rakaman ini dibuat pada 20 Okt, setelah tarikh yang dirancang untuk masuk Gaza ditunda lagi.. (flv sdg re-size).

Moga ziarah kami memberi kekuatan jihad kepada Hjh Norijah serta anak-anak beliau.

Monday, October 11, 2010

TURNING POINT


Ramai kawan-kawan bertanya, hj tak update blog? Saya jawab, 'sedang sibuk dengan GEMS, QARYAH, GAZA, dan BISNES.. Apapun tanggungjawab asas pada keluarga (family), tuhan (dakwah) dan masyarakat (education) tetap berlaku... Tiga bulan lepas mendidik diri berdikari, fokus, berani, 'take side'.. tanpa mengugurkan akhlaq asasi sebagai seorang muslim, malah terus memacu memenuhi kehendak masyarakat yang dituntut oleh Tuhan.

eh ! berfalsafah pulak..

GEMS mendidik saya ke utara di gurun, pantai timur di bachok, malaysia timur di kuching, pantai timur juga di kuantan.. satu ujian mental dan fizikal, bertemu ramai lagi anak-anak belia potensi pemimpin masa depan, didik mereka dengan ilmu 'pengurusan masa', 'problem solving', 'project planning and ccordination', 'operation management'... huh ! ilmu2 penting tuh...

QARYAH mengajar saya daya saing menghadapi masyarakat, berani beri muhasabah pada AJK Masjid yang lalai, kurang berfungsi, menyeleweng, rasuah, tidak mengikut tatacara enakmen... sehingga saya dibalas cabar dengan laporan polis... aduh! keluar paper.. pak rashid, teruskan perjuangan berani kerana benar, perjuangan belum selesai, amar-maaruf nahi munkar sepanjang hayat..

Dalam kesibukkan, menjelang Ramadhan.. saya terima panggilan, "JOM GI GAZA" baitul-maqdis, berpuasa bersama rakyat Palestin di Gaza, suatu perjalanan dan jihad yang 'real'. Ada pilihan menemani ibu tersayang ke umrah, baitul-llah, kedua-duanya tempat suci berlipat ganda pahala beribadah di dalamya... Allah takdirkan saya memilih ke Gaza, bertolak sama hari dengan tarikh ibu ke umrah ditemani kakak sulong. Ungkapan Ust Dr Badrul Amin, "ayuh.. pasangkan niat untuk mati syahid dan tidak pulang ke m'sia, siapa yang takut2 sila undur diri dan keluar dari rombongan ini.." Ungkapan ikhwah Palestin, "we are nobody without you all..". Tengok wajah, peluk dan dengar ucapan mujahid Ismaeel Haniyeh suatu yang menyegarkan. Pengalaman hidup yang tak terfikir suatu hari jadi kenyataan.. nak tulis satu buku pengalaman di sana... insyaAllah. GAZA didik saya untuk jadi jiwa pejuang..

Balik ke Malaysia harus berpijak di bumi nyata. Tanggungjawab ketua keluarga, pimpin keluarga. Ya. Tuhan Maha Kaya. Kita juang di jalaNya, Allah beri rezeki seluasnya.. anak2 yang baik, anak2 yg soleh... ops! menantu2 yang baik dan juga soleh.. lagi cucu-cucu yang 'qur-rota'akyun'... ni nak cari bakal-bakal menantu yang mewarisi yang baik2 dan soleh wa musleh... Ada juga anak buah dan kengkawan yang minta carikan menantu juga..! Ada ikhwah minta teman membesarkan keluarga dengan menambah zaujah... syukran. BISNES berlegaran di sekitar networking kawan-kawan yang ada. Kan ramai kawan-kawan yang mampu beri projek dan bisnes..!

Pengalaman2 di atas mengilhamkan satu 'TURNING POINT' dalam hidup untuk terus menyumbang pada masyarakat.. turning point ke arah kehidupan yang lebih mencabar.. agaknya sesetengah orang umor setengah abad ni ke arah pencen, kurang tenaga dan sebagainya, tapi contoh rasulullah tidak demikian, di waktu inilah rasulullah sedang hebat dicabar oleh puak quraiysh dan terpaksa merancang untuk hijrah ke medinah.

Ditakdirkan Tuhan, saya dipilih untuk menjadi Timbalan Ketua Cabang PKR Bayan Baru sesi 2010-2013..

Moga Allah bantu untuk merealisasikan 'hari ini lebih baik dari semalam' dan 'esok mesti lebih baik dari hari ini..

Selamat berjuang.

Sunday, July 11, 2010

TAZKIRAH 5.45PAGI "JOM UBAH GAYA HIDUP"

Ini tazkirah, satu tanggungjawab yang diberikan pada saya jam 12 mlm tadi. Tuan-tuan sakelian, mari kita berubah gaya hidup... ke arah rutin taqwa harian bagun jam 4.30pagi seperti hari ini... ayuh kita laksanakannya secara harian... sekiranya mahu bagun awal maka tidurnya juga perlu seawal jam 11.00 malam.

Ngapa perlu ubah gaya hidup? sebab mahu mengumpul sebanyak bekalan amal di dunia untuk ke akhirat. Mari kita ingatkan mati, apabila sesorang hamba telah meninggal maka hanya tiga (3) perkara yang akan tinggal, iaitu amalan soleh, sadaqah jariah dan anak-anak soleh yang mendoakannya. Ini hadith.

Saya ada satu cerita kisah benar, semasa saya melawat mangsa tsunami di Aceh, hajat tidur di rumah Pak Ali Sabi, pesara dan penasihat mahkamah syariah Aceh Nagroe Darussalam, orang alim... ya! kamu mesti tidur awal... jam 4pagi nanti saya kejut. Setepat jam 4 saya dikejutkan, lalu kami bersolat tahajud dia imam dan saya makmum di ruang tamu, isteri dan anak perempuanya juga jadi makmum tapi nun jauh di ruang legar dapur.


15 minit sebelum subuh masuk, kami berempat beredar dengan kenderaan ke masjid Agung Ar-Rahman solat subuh berjamaah. Semasa perjalanan kedengaran Radio Masjid Ar-Rahman memperdengarkankan tilawah al-quran.

Ayuh! ubah gaya hidup kita untuk mengimarahkan masjid dan surau-surau di tempat kita masing-masing. Ambil kesempatan dari pemasyhuran IKRAM tahun ini untuk kita ubah gaya hidup kita untuk banyak beramal.

Bekalan untuk akhirat tidak termasuk pangkat yang manusia terima didunia,umpama pingat anugerah PJK atau PKT dsbnya,(yang ada beberapa ikhwah dan saya menerimanya semalam...) tetapi akan bermanafaat untuk dijadikan alat untuk beramal.


Saya akhiri tazkirah ini dengan satu hadith, sabda rasulullah, "Bertaqwalah kamu kepada Allah walau di mana kamu berada, ikutilah perbuatan maksiat dengan kebaikan nescaya ia akan menghapuskan dosa dan berakhlaklah dengan akhlak mulia kepada sakelian manusia.

Sekian. Kita istighfar dan doa moga Allah berkati hidup kita.

Saturday, April 3, 2010

HOSPITAL YANG BANYAK PENGAJARAN


Hospital banyak mengajar dan beri pelajaran kepada sesiapa yang ingin mengambil pelajaran darinya.

Hospital mengingat sakit yang boleh sembuh dan sebaliknya boleh membawa kematian.
Hospital memberi peluang untuk kerjaya, dokter, jururawat, ahli lembaga pengarah, vendor/supplier, sekuriti, sistem telekomunikasi, sistem tansport, pelajar perubatan, ahli farmasi, dan banyak lagi.

Hospital boleh jadi tazkirah kepada manusia, untuk hidup sihat, jaga kesihatan, jaga pemakanan, motivasi beriadhah, 'health screening', tekanan darah, dll.

Hospital jadi flatform dakwah, ada NGO seperti JIM yang mengadakan lawatan 2 kali sebulan di hospital pilihan (spt Hospital Besar Pulau Pinang) untuk ahlinya bertemu pesakit, semua agama, Islam dan bukan Islam, berbicara dengan mereka sebagai teman, berdoa untuk mereka (yang Islam), dan mengingatkan pesakit dan pelawat bahawa kesihatan milik Tuhan. Ada pesakit yang insaf dan sedar untuk kembali ke jalan Allah di atas kesilapan-kesilapan, sebab itu ada pepatah "sakit itu adalah kifarah mensucikan dari dosa-dosa (kecil).

Ingat lima dari yang lima, beriman dan beramal, sebelum lima perkara,

1. sementara sihat sebelum sakit
2. sementara muda sebelum usia tua
3. sementara kaya sebelum miskin
4. sementara lapang sebelum sempit
5. sementara masih hidup sebelum mati

Hospital dikaitkan dengan insuran, insuran harta dan nyawa. Banyak syarikat2 menguruskan insuran ini yang berasaskan prinsip takaful atau kelompok. Umat Islam pada satu ketika dahulu amat 'allergic' dengan insuran, katanya, "Hai, mana bole buat 'prediction' tentang masa depan manusia, bila akan mati kerana mati itu urusan Tuhan. Ambillah jalan tengah. Umat Islam wajib percaya bahawa segala kuasa mutlak di tangan Tuhan, terima kefahaman qada' dan qadar Allah. Apa yang perlu dijelaskan ialah urusan insuran ini ialah untuk mengutip dana untuk orang yang ditinggal dan masih hidup untuk meneruskan kehidupan mereka, yang mati tetap mati tidak akan hidup semua di dunia ini, dan yang hidup masih perlu terus hidup. Jadi kepada yang mengambil skim2 insuran ini pastikan waris penama ditulis sejelas-jelasnya, yang mati dah tidak boleh berkata-kata lagi.

Hospital o hospital!

Doa bagi keluarga kami,

Lawyer yang menguruskan jual-beli hospital, atau jadi panel peguambela/peguamcara organisasi hospital, atau urusan wasiat si mati di hospital, dll

Jurutera yang menjaga operasi hospital, operasi peralatan hospital, sistem air-cond, chillers, etc..

Dua orang bakal dokter yang sorang mempraktikan ilmu membantu pesakit, dan seorang lagi menjadi tenaga pengajar dan penyelidik ilmu kedokteran, berbakti kepada masyarakat.

Seorang akauntan yang mampu mengurus untung rugi kewangan bisnes hospital, berkembang apabila prestasi bisnes untung, dan tahu mengapa bisnes hospital boleh menangung kerugian.

Ibu/ayah semakin berumur ini hanya mampu memanfaatkan kemudahan2 yang ada di hospital.

Rumusannya, hospital mampu menyatukan keluarga, berkumpul bila ada ahli keluarga sakit di hospital, hospital boleh jadi sumber pendidikan dan pembelajaran dan hospital juga bolehj dijadikan flatform untuk dakwah.

Sunday, January 17, 2010

KEPIMPINAN IKHWAN (MB) BARU


Hidup perlu dipandu oleh kebenaran,
Kebenaran perlu bersumber dari pencipta dan pemilik alam,
Tuhan Rabbul-Jalil.

Tuhan mengutus para rasul,
Sebagai contoh kehidupan,
Jadi ikutan sakelian alam.

Rasul sudah tiada,
Ajaran rasul berterusan,
Kepimpinan hari ini hingga hari qiamat perlu kempimpinan,
Suatu pilihan terbaik ialah kepimpinan ikhwan yang diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Bana,
Kepimpinan Ikhwan atau Muslim Brotherhood (MB).

Ikuti, fahamai dan hayati fikrah mereka, yang bertepatan dengan AL-Quran & As-Sunnah
Elakkan ikutan tanpa pengetahuan.

Thursday, January 14, 2010

HARAPAN DI PERTENGAHAN ABAD



Assalam-mu-alaikum diucapkan kepada rakan dan taulan,
Shukran, Subhanallah, Alhamdulillah, Allah-hu-Akbar ku puji Tuhan,
Yang mencipta dan melahirkan aku,
Setengah abad yang lalu,

Zahirnya aku ucap dan kucup terima kasih pada ibu dan allahyarham ayah,
Penyebab kelahiranku,
Kudoakan mereka tergolong hambanya yang soleh,

Reben kehidupanku saban tahun jadi pendek,
Tapi semakin ghairah menambah bekalan mencontohi Rasulullah
Gimana baginda di usiaku
Dua tiga tahun lagi mahu berhijrah ke Madinah
Ingat peristiwa Saidina Ali mengganti beliau tidur ditempatnya?
Waktu itu umor Rasulullah setengah abad,
Aktif, berstrategi ingin memenangkan Islam, menyelamatkan Islam,
Rasulullah diburu kaum Quraisyh,
Melarikan diri ke selatan Mekah ke Jabbal Nur sebelum beralih arah utara ke Medinah.

Padaku, jejak Rasul membimbingku,
Tiada pilihan lain,
Setengah abad tidak jadi alasan untuk malap,
Tidak sekali,
Syariah Tuhan perlu diperjuangkan,
Zuriat, anak didik, jiran, masyarakat perlu digembleng bersatu menegak kebenaran.

Doaku pada Tuhan,
Tingkatkan Iman, taqwa, sihatkan tubuh badan, murahkan rezeki, jauhi keaiban,
Doa kawan-kawan aku abadikan,
Doa itu harapan.

Gambar hiasan, simbolik kekawan bawa peluang (Koperasi, Latihan, Kerajaan & Ahli Perniagaan).