Tuesday, July 21, 2009

PENGERUSI SURAU BANDAR BAYAN BARU

Ahad 19hb Julai 2009 @ 26Rejab 1430H. Bayan Baru.

Tuan Haji Mohd Rashid bin Hasnon, telah menerajui kepimpinan Surau Bandar Bayan Baru selama empat (4) tahun sejak tahun 2005. Tuan Haji Mohd Rashid telah menyatakan dalam ucapan aluan beliau bahawa beliau tidak akan menerajui surau ini untuk sesi ini kerana kerjaya dan tugas sepenuh masa di luar Pulau Pinang. Pengerusi yang baru dilantik ialah Tuan Haji Wan Ismail, orang lama qaryah Bayan Baru yang juga merupakan salah seorang imam Masjid Bandar Bayan Baru.

Semasa pemilihan berjalan, ada suara dari kalangan ahli menjerit, "JASAMU DIKENANG" saya cadangkan Tuan Hj Rashid masih kekal di dalam jawatankuasa, maka Tuan Hj Rashid dilantik semula di dalam jawatankuasa biasa.

Mantan Pengerusi Surau di tahun 90an (Hj Mastan) yang turut hadir, telah berbisik memberi pandangan peribadi, "HjRashid should still be around, to guide the committee, should be the Penasihat, should not be totally out of the committee". Fakta sebenarnya ialah Tuan Haji Rashid masih berada dalam kepimpinan surau sebagai Pengerusi Sekolah KAFA sesi 2009/10 yang diiktiraf oleh JAIPP. KAFA masih perlu dibangunkan.

Terima kasih kepada semua ahli qaryah yang terus istiqamah dengan program surau. Satu kepuasan menabur bakti di surau ini ialah berjaya memperbaiki surau dengan sumbangan RM100,000.00, menaik taraf KAFA kepada status sekolah KAFA Tulin dengan tambahan elaun setiap guru agamanya, pengerusi KEMAS yang beroperasi di bangunan surau, kemampuan 'menyatukan' fikrah ahli qaryah yang berbeza pandangan untuk duduk sekali dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh surau dan menyelesaikan laporan kewangan, tanpa apa-apa tunggakkan. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada YB Dato' Seri Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru kerana sempat hadir seketika di dalam masjlis kami... cuma kami mohon maaf kerana tidak sempat memberi laluan untuk beliau bercakap. Beliau sempat menyatakan menjemput semua ke majlis perkahwinan anak beliau pada 15-8-09 di PISA.

Yang penting, tugas mengimarahkan masjid/surau/tempat ibadah adalah perintah Allah. Moga Allah terima amal kita.

No comments: