Wednesday, October 20, 2010

ZIARAH ISTERI & KELUARGA HJ TAUFEK


Lumrah isteri yang ditinggalkan suami lebih se bulan, pasti merasai ketiadaannya, walaupun tidak kelihatan pada zahirnya. Suami berpergian kerana pelbagai sebab, kematian, berjihad, musafir, melanjutkan pelajaran, bercerai (na'uzubillah), dan sebagainya.

Inilah yang cuba kami selami perasaan SERIKANDI HAJJAH NORIJAH BTE YAHAYA, isteri Tuan Hj Mohd Taufek bin Abdul Rahman, YDP JIM Pulau Pinang, merangkap ahli IKRAM Seberang Perai Utara serta ahli lembaga pengarah syrikat DATA ULUNG S/B.

Beliau telah bersama-sama rombongan Viva Palestina ke 5, rombongan misi kemanusiaan membebaskan Gaza, Palestin, bergerak mengikut jalan darat dari London, merentasi benua Eropah (Perancis, Italy, Syria, Turki dan Mesir untuk masuk Gaza melalui pintu Rafah sempadan Mesir-Palestin. Mereka memulakan pemusafiran pada 13 Sep 2010 mensasarkan untuk masuk Gaza pada 10hb Oktober 2010.

Ikuti perkembangan, pengharapan dan doa (di video) suara dari seorang isteri..
Rakaman ini dibuat pada 20 Okt, setelah tarikh yang dirancang untuk masuk Gaza ditunda lagi.. (flv sdg re-size).

Moga ziarah kami memberi kekuatan jihad kepada Hjh Norijah serta anak-anak beliau.

Monday, October 11, 2010

TURNING POINT


Ramai kawan-kawan bertanya, hj tak update blog? Saya jawab, 'sedang sibuk dengan GEMS, QARYAH, GAZA, dan BISNES.. Apapun tanggungjawab asas pada keluarga (family), tuhan (dakwah) dan masyarakat (education) tetap berlaku... Tiga bulan lepas mendidik diri berdikari, fokus, berani, 'take side'.. tanpa mengugurkan akhlaq asasi sebagai seorang muslim, malah terus memacu memenuhi kehendak masyarakat yang dituntut oleh Tuhan.

eh ! berfalsafah pulak..

GEMS mendidik saya ke utara di gurun, pantai timur di bachok, malaysia timur di kuching, pantai timur juga di kuantan.. satu ujian mental dan fizikal, bertemu ramai lagi anak-anak belia potensi pemimpin masa depan, didik mereka dengan ilmu 'pengurusan masa', 'problem solving', 'project planning and ccordination', 'operation management'... huh ! ilmu2 penting tuh...

QARYAH mengajar saya daya saing menghadapi masyarakat, berani beri muhasabah pada AJK Masjid yang lalai, kurang berfungsi, menyeleweng, rasuah, tidak mengikut tatacara enakmen... sehingga saya dibalas cabar dengan laporan polis... aduh! keluar paper.. pak rashid, teruskan perjuangan berani kerana benar, perjuangan belum selesai, amar-maaruf nahi munkar sepanjang hayat..

Dalam kesibukkan, menjelang Ramadhan.. saya terima panggilan, "JOM GI GAZA" baitul-maqdis, berpuasa bersama rakyat Palestin di Gaza, suatu perjalanan dan jihad yang 'real'. Ada pilihan menemani ibu tersayang ke umrah, baitul-llah, kedua-duanya tempat suci berlipat ganda pahala beribadah di dalamya... Allah takdirkan saya memilih ke Gaza, bertolak sama hari dengan tarikh ibu ke umrah ditemani kakak sulong. Ungkapan Ust Dr Badrul Amin, "ayuh.. pasangkan niat untuk mati syahid dan tidak pulang ke m'sia, siapa yang takut2 sila undur diri dan keluar dari rombongan ini.." Ungkapan ikhwah Palestin, "we are nobody without you all..". Tengok wajah, peluk dan dengar ucapan mujahid Ismaeel Haniyeh suatu yang menyegarkan. Pengalaman hidup yang tak terfikir suatu hari jadi kenyataan.. nak tulis satu buku pengalaman di sana... insyaAllah. GAZA didik saya untuk jadi jiwa pejuang..

Balik ke Malaysia harus berpijak di bumi nyata. Tanggungjawab ketua keluarga, pimpin keluarga. Ya. Tuhan Maha Kaya. Kita juang di jalaNya, Allah beri rezeki seluasnya.. anak2 yang baik, anak2 yg soleh... ops! menantu2 yang baik dan juga soleh.. lagi cucu-cucu yang 'qur-rota'akyun'... ni nak cari bakal-bakal menantu yang mewarisi yang baik2 dan soleh wa musleh... Ada juga anak buah dan kengkawan yang minta carikan menantu juga..! Ada ikhwah minta teman membesarkan keluarga dengan menambah zaujah... syukran. BISNES berlegaran di sekitar networking kawan-kawan yang ada. Kan ramai kawan-kawan yang mampu beri projek dan bisnes..!

Pengalaman2 di atas mengilhamkan satu 'TURNING POINT' dalam hidup untuk terus menyumbang pada masyarakat.. turning point ke arah kehidupan yang lebih mencabar.. agaknya sesetengah orang umor setengah abad ni ke arah pencen, kurang tenaga dan sebagainya, tapi contoh rasulullah tidak demikian, di waktu inilah rasulullah sedang hebat dicabar oleh puak quraiysh dan terpaksa merancang untuk hijrah ke medinah.

Ditakdirkan Tuhan, saya dipilih untuk menjadi Timbalan Ketua Cabang PKR Bayan Baru sesi 2010-2013..

Moga Allah bantu untuk merealisasikan 'hari ini lebih baik dari semalam' dan 'esok mesti lebih baik dari hari ini..

Selamat berjuang.