Friday, December 25, 2009

TEKAD DAKWAH 2010


Telah jadi lumrah manusia, bila tiba penghujung tahun, ada saje tekad, azam dan sasaran baru diperbaharui. Bukan manusia sahaja, organisasi pun turut sama.

Pada cuti Hari Natal 25 Dis 2009 sempat hamba ini mewakili Penasihat Syariah JIM Pusat, Syeikh Dr. Hj. Mohd Parid Hj Ahmad, mensyarahkan nasihat untuk perasmian tekad 2010 organisasi dakwah berjamaah Negeri Kedah, mensasarkan peningkatan keahlian dari 500 orang kepada lebih 1000 orang menjelang Dis 2010. Projek ini dipanggil DAM 2010, iaitu Dakwah Dalam Masyarakat.

Bagus pilihan singkatan DAM... macam kena DAM Haji, untuk mengganti syarat wajib Haji yang ditinggalkan. Ini kerana organisasi mengira gagal menambah sasaran ahli di tahun 2009 walaupun mensasarkan hanya 10% peningkatan.

(Teringat setahun yang lalu, pada waktu yang sama, hamba ini memberi ceramah motivasi Tekad dan Azam Baru Maal Hijrah kepada 80 orang pelajar perubatan dan sebahagian ibubapa mereka, di Universitas Hasanuddin, Makassar, di mana anakanda Maimanah ku belajar... )

Insya Allah tidak mustahil ianya tercapai, kerana Kedah telah ada program "OI" Operasi Insaf setahun lepas. Ia merupakan kesinambungan program OI in. Tambahan lagi Kedah telah berjaya menjadi Naib Juara Anugerah Islah 2009. Sebanyak 11 organisasi telah dikenalpasti dan diberi watikah untuk dipertanggungjawabkan untuk mencari mad'u ini.

Pesan Dr Parid, dalam perjuangan dakwah ini, perlu "SABAR, KERJA KUAT dan BERAMAL".

Di hujung 2010, kalau tak capai sasaran, AJK letak jawatan atau DAM digandakan jadi 'double' atau DAM-DAM 2011.

Semoga Allah membantu mencapai tekad, matlamat dan KPI ini.

Selamat Maju Jaya.
Ada video klip... insyaAllah, masukkan kemudian.