Wednesday, September 23, 2009

CERIA BERHARI RAYA BERSAMA SITE MANAGER

Pada 3 Syawal 1430 di 77 Lorong Mayangpasir 2 berkumpul anak-anak GEMS HSH01 dan 02 yang dikasihi dalam suasana hari raya yang sederhana namun meriah dan ceria.

Semoga pertemuan di antara sebahagian peserta HSH01 dan 02 dengan keluarga SM diberkati Allah. Terima kasih kepada semua yang berkesempatan hadir.


Saturday, September 19, 2009

RAMADHAN PERGI, SHAWAL DATANG


Assalam-mu-alaikum dan salam sejahtera,

Dinihari menjelang, hanya tinggal satu (1) jam, Ramadhan 1430H akan meninggalkan kita. Sekiranya kita menyambut 1 Shawal Ahad 20 Sept maka kita hanya berpuasa 29hari Ramadhan, ini jarang berlaku, kerapnya umat Islam Malaysia berpuasa penuh 30hari. Apa pun subhanallah, alhamdulillah, allah-hu-akbar, ia tidak melanggar syariatNya.

Nabi dan sahabat akan menangis bila syawal menjelang, kerana belum tentu mereka akan berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang, peluang untuk beramal dengan ganjaran berlipat ganda telah berakhir buat kali ini. Dapatkah kita 'bonus' panjang umur +83 tahun kali ini? Hanya Allah yang maha mengetahui.

Hari, minggu dan bulan tetap datang dan pergi. Demi untuk mendapat pengajaran yang terbaik jadikanlah faktor 'amal dan ibadah' sebagai faktor 'constant' dalam putaran hari dan bulan. Amalan di bulan Ramadhan perlu diteruskan.

Doa terbaik, "Ya Allah Engkau maha pengampun, maka ampunkanlah dosa-dosa kami".

Mengambil sempena bulan baik ini, saya dan keluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari sesiapa juga atas apa juga kesalahan dan keterlanjuran, samada disengaja atau tidak, di hadapan atau di belakang kalian.

Selamat menyambut hari raya eidul-fitri 1430H.

HjRashid, Zah, Nazihah, Usayd, Maimanah, Khansa' dan Syaimaa'.

Thursday, September 17, 2009

BUKA PUASA DGN TIGER ALKOHOL


Satu pendedahan... kisah benar, restoran di negara kita Malaysia yang majoritinya umat Islam, ada yang masih tidak sensitif dan faham dengan maksud makanan halal, ibadah berpuasa, beramal untuk Tuhan... mencampuradukkannya dengan minuman alkohol yang haram lagi memabukkan.

Lihat 'gambar', papan notis minuman keras 'Tiger Beers' mengiklankan menu berbuka puasa. Ini di salah satu restoran di Subang Airport, iklan juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan. Menu berbunyi, "*TIGER FC, BERBUKA PUASA, *HOME MADE BURGER, *DATES, *FRESH FRUITS, *CREAM CERAMEL *FRESH BARLEY, *RM18.00 NETT, * TIGER BOTTLE

Persoalannya, adakah disengajakan?, adakah pengurusan restoran tidak ada pengetahuan, di mana penguatkuasaan agama, adakah tidak ada papan kenyataan lain? Tugas kami yang nampak... tegur dan didik.

Di Negara China, di restoran-restoran pendalaman di bandar-bandar kecil (yang dikatakan restoran Muslim) memang kedapatan restoran tersebut menyediakan menu pelbagai makanan halal termasuk menyediakan minuman keras, frame ayat-ayat Quran terpampang jelas, tetapi ada 'section' menyediakan pelbagai minuman keras. Walaupun tidak dinafikan ada komuniti Islam yang mengamalkan cara sebenar restoran makanan halal.

Hmmm... ini di Malaysia yang telah 50 tahun merdeka, agaknya pemerintah kena kerja kuat lagi buat dakwah dan pendidikan kepada rakyat umat Islam dan belum Islam.

Tidur tak lena...

BERPUASA & IFTAR DANOK, SIAM.


Umat Islam negara selain Malaysia juga berpuasa, di hari ke 27 Ramadhan. Iftar di Danok, sempadan Siam~Malaysia menyamai keseronokannya. Doa orang yang berpuasa, semasa puasa dan semasa berbuka puasa adalah salah satu saatnya doa dimakbulkan Tuhan. Waktu berbuka puasa di sana lewat beberapa minit dari waktu di Kedah, Pulau Pinang dan KL. Azan tetap kedengaran, alhamdulillah. Adakah sama azan Malaysia dibandingkan dengan azan Siam? Sama je. Tuhan tidak membeza-beza ajaran dan risalahnya. Allah tetap Allah yang SATU. Muhammad rasulullah s.a.w. tetap yang satu. Bersatu dua negara dengan 1-budaya agama. Malaysia~Siam 1agama, puasa dan iftar bersama. Tanda-tanda halal juga terpapar di restoran-restoran, tetapi kesahihanya hanya Allah yang maha mengetahui.

Keluarga yang belanja kami memberi makan orang yang berpuasa juga akan mendapat pahala, barakah dan rahmat sebagaimana orang-orang yang berpuasa itu, berlipat ganda di bulan ramadhan ini. Ini hadith yang benar dan mampu diaplikasi di mana-mana seluruh dunia. Risalah dan syariat Tuhan maha luas. Terima kasih Tuhan.

Sunday, September 6, 2009

USTAZ ALIAS OSMAN & PENDIDIKAN

(Gambar: HjRashid, Penasihat STAIL, Ust Alias Osman, Dr Abd Hadi)

Sg Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang: "Usaha guru yang tekun, sokongan ibu-bapa pibg yang padu dan berterusan, ikhlas semua pihak, adalah pra-syarat 'kejayaan' sesebuah sekolah swasta di arus pembangunan masa kini. Hasilnya berbaloi apabila melihat anak-anak didik sekolah-sekolah ini menjadi hufaz al-quran, pensyarah, dan pelbagai bidang profesional yang lain. Terasa penat lelah selama ini terbalas."

Itulah ungkapan seorang pejuang pendidikan seumur hayat, Ust Alias Osman, penasihat penubuhan rangkaian sekolah-sekolah Islam swasta Al-Amin/Al-Hira' di Majlis Berbuka Puasa anjuran Sek Tahfiz Al-Islah, Tok Bedu, Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

Pemanduan falsafah dan kurikulum pendidikan di peringkat awal adalah paling utama untuk mempastikan objektif pendidikan melahirkan insan pemimpin dakwah, islah dan gerakan Islam dalam membawa risalah dan syariah Islam dari Tuhan untuk manfaat seluruh manusia dan alam. Urusan pengoperasian lainnya akan terarah pada falsafah yang diwujud dan disepakati.

Cabaran tetap ada seperti guru-guru yang meninggalkan sekolah setelah sekian lama berkhidmat dengan sekolah, prasarana yang dhaif di peringkat awal. Semua ini diharungi dengan tabah dan tawakal kepada Allah.

Kejayaan demi kejayaan dicapai masa kini. Sekolah rangkaian yang mampu meraih pelbagai kejayaan seperti menjuarai debat Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu peringkat kebangsaan, anak-anak yang bijak dalam pertandingan "Spell-It-Right" dan sebagainya.

Apapun faktor kejayaan dan kecemerlangan institusi pendidikan adalah kekuatan guru-muallim-muallimah disokong dan dibantu kuat oleh pengurusan pentadbiran lembaga dan pibg. Tidak ada jalan pintas. "Rule of Thumb" adalah mana-mana sekolah yang merosot prestasinya adalah disebabkan faktor-faktor di atas yang menurun.

Saturday, September 5, 2009

SATU LAGI ZIARAH SAUDI DERMAWAN KE SEKOLAH AL-ITQAN


Ramadhan bulan dilipatgandakan ganjaran, bulan sadaqah, bulan umat Islam baik hati, dermawan, bulan nafkah harta, bulan mengumpul pahala, bulan buang dosa dan segala macam kebaikan akan timbul.

Hari ini hari sabtu 15 Ramadhan, En Rahman Maina menerima panggilan talipon dari Saudi Dato' Dr Syed, dahulunya Rektor KITAB, sekarang Duta Malaysia ke Saudi Arabia, menyambung usaha membawa jutawan Pak Arab ke sekolah Al-Itqan kita.

Alhamdulillah, alhamdulillah...

Kami menyambutnya di LTA Pulau Pinang, 8.00pagi terus ke sekolah. Alhamdulillah, Syeikh Khaled walaupun dalam keadaan ada lagi temujanji lain dan akan terbang semula jam 9.00pagi sempat melihat perkembangan sekolah kita. Mula-mula ke sekolah menengah, jumpa muallim Fakhrul, buka semua kelas, asrama, dewan solat, tempat makan, ofis, dan sebagainya.

Syeikh Khaled mengeluarkan wang saudi 1500.00 tunai, "untuk iftar" katanya.

Kami mengharapkan cek RM6Juta atau sebahagianya.... InsyaAllah belum lagi, hari ini masih kerja-kerja tinjauan.

Kemudian kami ke sekolah rendah, bertembung dengan pelajar2 darjah 6 yang sedang bersiap sedia untuk UPSR minggu depan. Syeikh Khaled ditemani Muallim Khairi, berbual dalam Bahasa Arab, Muallim telah kenal Syeikh Khaled sebeum ini, meninjau prasarana sekolah.

Rumusanya kami bincang di dalam kereta En Rahman sambil menuju ke airport. Beliau akan membuat laporan kepada pihak berkenaan di Saudi untuk tindakan selanjutnya.

Ayuh warga Itqan, warga JIM, warga Kampong Masjid, Teluk Kumbar, dan lain-lain berusaha dan berdoa untuk dimurahkan rezeki Pak-Pak dan Tok-Tok Arab menderma jutaan ringgit untuk sekolah kita. Kita ingin mengelak dari menyewa berterusan di tapak sedia ada dan menggunakan tapak kita sendiri.

"Ya Allah, bantulah kami, permudahkanlah kami, untuk membina prasarana sekolah dan tarbiah yang lebih sempurna, demi mendidik, mengajar, mentarbiah anak-anak generasi sekarang dan akan datang, dengan al-quran dan sunnah Nabi Muhammad saw. Kami akan tetap berusaha, usaha hingga jaya, kerana kami tahu jalan kami mendidik ini adalah jalan yang betul dan benar di sisiMu ya Allah. Kami sanggup ke merata dunia, malah ke Saudi Arabia untuk bertemu dengan mana-mana jutawan Arab muslim yang semamangnya mampu menyumbang."

Friday, September 4, 2009

YB SIM BERBUKA PUASA SURAU BANDAR BAYAN BARU


Bulan Ramadhan dan sistem berpuasa sebulan ini adalah sistem Tuhan. Manusia khususnya umat Islam yang beriman terpaksa akur dengan sistem ini untuk mendapat keredhaanNya. Tugas umat Islam ialah yakin dengan sistem yang disyariatkan ini dan melaksanakannya. Akan terserlah kebaikan untuk sakelian manusia dan rakyat. Yang bukan Islam akan turut mengikuti perkembangan ini dan mampu menikmati kesejahteraan sistem puasa bersama.

Nah, YB Sim, ADUN Pantai Jerejak secara jelas meraikan bulan Ramadhan ini buat tahun ke 2nya dengan mengadakan majlis sumbangan fakir miskin dan berbuka puasa di surau kami, walaupun ada perubahan kepimpinan ajknya. Siapa pemimpin tidak 'priority', yang utama sistem Tuhan dilaksana.

YB berseloroh, "Saya pakai baju Melayu boleh dapat pahala tak?....

HjRashid menyampok, "YB.. dalam bulan Ramadhan ni, pahala dilipatgandakan, satu jadi 10, 10 jadi 100...

YB menyumbang cek RM300.00 (Sebelum ini YB telah menjanjikan RM3000.00 untuk peruntukan perpustakaan surau, sedang menyenaraikan tajuk-tajuk buku yang sesuai untuk dijadikan standard untuk seluruh bantuan kerajaan negeri).

"Islam untuk manfaat sakelian manusia dan alam"