Tuesday, July 21, 2009

PENGERUSI SURAU BANDAR BAYAN BARU

Ahad 19hb Julai 2009 @ 26Rejab 1430H. Bayan Baru.

Tuan Haji Mohd Rashid bin Hasnon, telah menerajui kepimpinan Surau Bandar Bayan Baru selama empat (4) tahun sejak tahun 2005. Tuan Haji Mohd Rashid telah menyatakan dalam ucapan aluan beliau bahawa beliau tidak akan menerajui surau ini untuk sesi ini kerana kerjaya dan tugas sepenuh masa di luar Pulau Pinang. Pengerusi yang baru dilantik ialah Tuan Haji Wan Ismail, orang lama qaryah Bayan Baru yang juga merupakan salah seorang imam Masjid Bandar Bayan Baru.

Semasa pemilihan berjalan, ada suara dari kalangan ahli menjerit, "JASAMU DIKENANG" saya cadangkan Tuan Hj Rashid masih kekal di dalam jawatankuasa, maka Tuan Hj Rashid dilantik semula di dalam jawatankuasa biasa.

Mantan Pengerusi Surau di tahun 90an (Hj Mastan) yang turut hadir, telah berbisik memberi pandangan peribadi, "HjRashid should still be around, to guide the committee, should be the Penasihat, should not be totally out of the committee". Fakta sebenarnya ialah Tuan Haji Rashid masih berada dalam kepimpinan surau sebagai Pengerusi Sekolah KAFA sesi 2009/10 yang diiktiraf oleh JAIPP. KAFA masih perlu dibangunkan.

Terima kasih kepada semua ahli qaryah yang terus istiqamah dengan program surau. Satu kepuasan menabur bakti di surau ini ialah berjaya memperbaiki surau dengan sumbangan RM100,000.00, menaik taraf KAFA kepada status sekolah KAFA Tulin dengan tambahan elaun setiap guru agamanya, pengerusi KEMAS yang beroperasi di bangunan surau, kemampuan 'menyatukan' fikrah ahli qaryah yang berbeza pandangan untuk duduk sekali dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh surau dan menyelesaikan laporan kewangan, tanpa apa-apa tunggakkan. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada YB Dato' Seri Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru kerana sempat hadir seketika di dalam masjlis kami... cuma kami mohon maaf kerana tidak sempat memberi laluan untuk beliau bercakap. Beliau sempat menyatakan menjemput semua ke majlis perkahwinan anak beliau pada 15-8-09 di PISA.

Yang penting, tugas mengimarahkan masjid/surau/tempat ibadah adalah perintah Allah. Moga Allah terima amal kita.

Sunday, July 19, 2009

POLITIK, MANEK URAI & SEMANGAT PERJUANGAN

Politik mengajar kepimpinan mengurus manusia samada yang menyokong atau membangkang dirinya. Politik berdasarkan asas perjuangan integriti, baik dan beragama akan kekal lama. Politik bersandarkan keuntungan peribadi dan keluarga dikhuatiri tidak tahan lama. Politik yang berlandaskan organisasi atau jamaah dan mempunyai asas-asas perjuangan asasi membela kebajikan rakyat akan disokong oleh rakyat yang majoriti. Politik Rasulullah mengukoh ukhuwah dan persaudaraan, musuh yang ditawan tidak sewenangnya dibunuh, malah mampu didakwah lalu memeluk agama Islam (Fathu Mekah). Kebijaksanaan penentangan Rasulullah terhadap musuh amat strategik. Rasulullah berjuang membawa aqeedah Islamiah, tetapi dalam masa yang sama memahami pendirian Jahiliyah musuh. Alangkah tinggi ilmu dan strategi Rasulullah. Perjuangan umat Islam hari ini perlu mempunyai aqeedah Islam saleemah dan dalam masa yang sama bijak memahami musuh yang berfikiran materialisme, liberalisme dan komunisme. Seperti kata Saidina Omar, "Umat Islam yang berjuang tetapi tidak mengetahui pemikiran rakyatnya, dikhuatiri akan menghancurkan umat itu sendiri". Renungkanlah.

Kepada abang Hj Mohd Razali Abdullah, YB Mohd Fauzi Abdullah ADUN Manik Urai didoakan agar terus berjuang menegak hak dan kebenaran walaupun hanya menang dengan majoriti kecil.

Belajar dan terus belajar.

Friday, July 3, 2009

PERSONAL QUALITIES


Setiap individu insan perlu memiliki sifat kecemerlangan peribadi "personal qualities" untuk mengharungi kehidupan ini di dalam pengurusan masa kita. Tujuh (7) perkara kecemerlangan ini ialah:

1. Memahami Tanggungjawab
2. ProAaktif
3. Disiplin Diri
4. Gerak Kerja Bermatlamat (Terarah)
5. Orientasi Amal
6. Asertif
7. Kerja berpasukan (berjamaah)

Disampaikan semasa katibah & qiamulail, JIM-TL 26 Jun 2009.